Selasa, 26 Januari 2010

Sepi keseorangan



Waktu ini aku ditinggalkan keseorangan. Anak isteri aku semua ada di Bahau. Dari sudut bilik ini aku mula menyiapkan kerja-kerja yang selama ini pending,Blog perlu diupdate, emel-emel yang perlu dijawab, buku-buku yang belum dibaca .. macam-macam. Itu baru kat bilik.

Manusia sebenarnya sememangnya keseorangan. Waima kita berkumpulan, berkahwin, berkeluarga, berjemaah. Hakikatnya masing-masing mempunyai suara hati sendiri yang tidak dapat didengari oleh orang lain. Masing-masing mempunyai catatan dosa dan pahala tersendiri. Masing-masing ada tarikh dan tempat mati tersendiri. Masing-masing ada kubur sendiri. Masing-masing akan dibangunkan dan disoal sendiri-sendiri.

Kepada sahabat-sahabat yang masih bersedih kerana diri keseorangan, yang masih mencari jodoh tu, janganlah bersedih. Anda tidak rugi apa-apa. Teruskan usaha mencari anda. Namun, di dalam masa yang sama tidak perlu tertekan. Manfaatkan kehidupan bersendirian sebagai pelaburan masa hadapan.

Banyak lagi perkara yang boleh dilakukan. Banyak lagi ilmu yang perlu dipelajari. Banyak lagi tempat yang belum dilawati. Banyak lagi makanan yang belum dirasai. Banyak lagi rekod yang belum dipecahkan. Banyak lagi buku di atas rak.

Banyak lagi hutang yang belum terjelas. Banyak lagi kesalahan yang belum dimaafkan. Banyak lagi puasa yang perlu diqhado. Banyak nazar yang belum dibayar. Banyak sudah zikir yang telah ketinggalan.

Sabda Rasulullah s.a.w., ” Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati.” (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Jadi, jangan buang masa kalau hidup keseorangan.

Al-Imam Ghazali telah mengkususkan satu bab iaitu Al-Uzlah (pengasingan diri) di dalam Ihya Ulumuddin membincangkan tentang faedah dan dorangan untuk memupuk hidup keseorangan. Beliau telah mengariskan enam faedah yang diboleh didapati dengan beruzlah. Beliau telah mendatangkan banyak kisah tentang uzlah. Sehinggakan uzlah atau pengasingan diri ini menjadi matlamat sesetengah ahli-ahli ibadat, ahli-ahli tasauf.

Dan kita pula merasa gusar ketika “diberi peluang” hidup keseorangan?

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sepi itu indah....
ada kalanya kita perlu merasai kesepian....
agar kita tahu erti sebenarnya sepi....
ada kalanya kita perlu keseorangan....
agar kita tahu erti bersendirian....

Mama berkata...

minta izin share ye..

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post