
Sebab apa kita malas?...
Sebab kita tak mahu jadi rajin. Kita biarkan malas itu menguasai diri kita. Kita tak boleh lawan malas tapi kita boleh latih diri sendiri untuk menjadi rajin. Jika kita lawan sikap malas, kita akan semakin terdorong untuk jadi malas bahkan kita akan bertambah-tambah jadi malas hingga kita suka bertangguh.
Cemana nak jadi rajin? Sediakan senarai apa yang nak dibuat.
Cari sesuatu yang boleh dikerjakan pastu buat. Orang yang malas adalah orang yang tak ada matlamat. Itu samalah dengan tak ada senarai apa yang nak dibuat, boleh dikatakan tak ada target.
Kita akan mula dapat mengawal sikap bertangguh ni apabila kita anggap apa yang kita buat tu perkara yang penting. Oleh sebab ia penting, Anda kena buat sekarang atau menulisnya di reminder supaya anda senang nak ingat nanti kerana Anda sedang melakukan sesuatu yang juga Anda anggap penting.
Kuncinya adalah: anggap perkara tu penting, letak sebagai reminder.
Sekarang Anda sudah ada ’senarai’ sendiri. Itu maknanya, Anda melatih diri sendiri jadi orang bermatlamat yang dapat melatih Anda mengawal sikap suka bertangguh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan